Please input name in rumi. Sila masukkan nama dalam rumi.


Perhatian

Transliterasi nama adalah satu yang susah. Andaian adalah, kebanyak nama Melayu adalah berasalkan dari nama Arab yang membawa makna-makna yang baik-baik. Namum, terdapat pelbagai variasi ejaan/transliterasi untuk nama Arab.
Sebagai contoh, nama Arab (عَائِشه) boleh ditransliterasi dengan ayishah, ayeeshah, aishah, aisha, ayeshah dan beberapa variasi lain. Oleh itu agak penting untuk mengetahui variasi nama untuk mendapatkan ejaan Arab yang tepat dan makna yang baik.
nama "zamri", umpamanya boleh dieja dengan (zamri, ظَامرِي ظَمرِي زَمري زَمرِ زَامرِي) .
nama (rokiah) mungkin berasal dari ruqayyah(رُقَيَّه) .
nama (nuraini) mungkin berasal dari (nur aini)(نُور عَيْنِي).
Penggunaan wakil untuk huruf ain sebagai "'' sudah tidak digunakan. Sebagai contoh, (عَيْنِي) dieja sebagai aini.
nama (يُوسُف) mempunyai beberapa ejaan; yusof, yousuf, yosof, dll.
nama (mat'il) mungkin berasal dari nama (ismail), kerana penggunaan loghat Kelantan.
Sekiranya ada senarai nama yang boleh dikongsi. mohon panjangkan supaya senarai nama boleh dikembangkan.
Harapan kami agar kita dapat menulis nama dalam Jawi secara betul dan nama itu membawa makna-makna yang baik.
jumlah nama: 479. Rujukan ejaan: Disctionary of Islamic Names: derived from the Quran, Ahadith and Seerah. Prof. Hafiz Shaukat Ali Hareeri. Maktaba Dar-us-Salam. 2009.