Laman transliterasi rumi-jawi

Ejaan jawi yang digunakan adalah berasaskan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Jawi, Edisi ke-2, 2008 (Dewan Bahasa Pustaka). Lamn web ini versi 26-4-2017 ().
Kepada peminat tulisan Jawi. Senarai rujukan ejaan Jawi. Bahan ini ada di Internet.
Perisian jawi berikut untuk komputer Window 7/8/10. Jika masih guna komputer XP atau Vista, mungkin ada masalah untuk tulis/baca Jawi.

Untuk Mac, kami tak pasti. pohon bantuan pakar Mac setempat.

Mohon muat-turun dan pasang bahan berikut di komputer anda untuk menulis dan membaca Jawi dengan baik;
  1. fon Jawi. Jawi Uthman Taha.
  2. papan kekunci Jawi piawai dari UKM/SIRIM/UM/UTM/UiTM. jawiukm.zip
  3. Sila pasang layout ini untuk menulis Jawi. Pemasangan mungkin perlukan pakar IT setempat. Proses pemasangan adalah mudah dan sekejap. Cuma agak panjang lebar untuk dijelaskan.

    Anda perlu set keyboard untuk menulis Jawi. Rujuk "control panel" -> "Clock, Language, Region" -> "Region and Language" -> "Change keyboard and other input methods"

Dua rujukan utama untuk ejaan Jawi adalah;
  1. Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Jawi, Edisi ke-2, 2008 (Dewan Bahasa Pustaka)
  2. Panduan menulis dan mengeja Jawi. Hamdan Abdul Rahman. (edisi ke2). 2014. Dewan Bahasa Pustaka.
Transliterasi Rumi-Jawi adalah satu proses untuk menukar Bahasa Melayu dalam tulisan rumi kepada Bahasa Melayu dalam tulisan jawi. Proses ini agak sukar untuk mencapai ketepatan yang tinggi. Antara faktor kesulitan adalah;
  1. sistem ejaan yang berbeza untuk Jawi dan Rumi.
  2. huruf rumi boleh dipadankan dengan beberapa huruf jawi
  3. perkataan serapan arab dikekalkan ejaan asal.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk transliterasi rumi-jawi.

  1. transliterasi huruf demi huruf. Dalam kaedah ini, setiap huruf rumi ditukar kepada huruf jawi. Dalam kaedah ini, semua jenis perkataan boleh di transliterasi.
  2. Kaedah ini ada dua masalah;
    1. kaedah ejaan rumi dan jawi adalah berbeza. ketepatan ejaan jawi adalah rendah.
    2. terdapat huruf yang mempunyai beberapa pemetaan seperti k.
  3. transliterasi berasaskan kamus
  4. Kaedah ini menggunakan data kamus dari Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ejaan adalah tepat. Namun, ia tidak mempunyai ejaan untuk nama khas, tempat dan beberapa kombinasi perkataan. Oleh itu, ia tidak boleh digunakan untuk transliterasi perkataan di luar kamus.
  5. transliterasi berasaskan algorithm atau petua
  6. Kaedah ini cuba mencari petua-petua yang boleh digunakan untuk transliterasi rumi-jawi. Kaedah ini boleh digunakan untuk semua enis perkataaan. Namun, petua-petua yang lengkap dan tepat sukar dicapai. Ini masih dalam penyelidikan.